
kenali perunding anda

Pendidikan & pencapaian
ringkasan
- Ijazah Undang-undang (LLB hons), Ahmad Ibrahim Kulliyah of Law, IIUM Gombak. (Class of 2002)
- Certified Islamic Estate Planner by As salihin Trustee Berhad, 2019
- Takaful Basic Examination Certificate, 2019
- Sijil Kursus Asas Permata, 2022
- Pre-Contract Examination for Insurance Agents (PCEIA), 2019
- Professionalism of Insurance and Takaful Agents (PITA) Exam, 2024

pengalaman dalam industri
PERJALANAN kareer
- Pernah berkhidmat di Jabatan Undang-undang KWSP selama 4 tahun
- Berkhidmat di Bank Muamalat selama 10 tahun
- Perunding Takaful Prudential BSN (di bawah agensi bumiputra terbesar di Malaysia, dikenali sebagai Muqmeen Group Kuala Lumpur – MGKL)

profil perunding
aflahiah abdul riazab @ hasSan
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Nama saya Aflahiah Abdul Riazab @Hassan. Ibu kepada 6 orang cahaya mata, juga mempunyai pengalaman yang luas dalam sektor perkhidmatan kewangan. Merupakan Perancang Harta Pusaka Islam (Islamic Estate Planner – IEP) terlatih dan diakui oleh syarikat Amanah berwibawa, As-Salihin Trustee Berhad sejak tahun 2019.
Sepanjang enam tahun bergiat sebagai IEP, saya telah membantu para pelanggan untuk menyiapkan wasiat dan/atau penyediaan dokumen-dokumen perancangan harta pusaka bagi memudahkan urusan harta pusaka mereka selepas kematian.
Selain mempunyai ijazah sarjana dalam bidang perundangan, minat dalam bidang perniagaan telah mendorong saya membuka cawangan Tadika Little Caliphs yang terletak di Taman Tun Dr Ismail (LCTTDIKL) sejak 2012.
Saya seterusnya menubuhkan taska dengan jenama sendiri, Q-Gen Playschool, atau juga dikenali sebagai Taska Impian Permata Hati, yang terletak di Sentul.
Selain itu, bagi memudahkan para pelanggan yang memerlukan, saya juga menyediakan khidmat nasihat sebagai Perunding Takaful sejak tahun 2019 di bawah syarikat Prudential BSN Takaful Berhad yang sudah lebih 100 tahun bertapak di Malaysia.
latar syarikat
As-Salihin Trustee Berhad adalah merupakan sebuah syarikat amanah yang dibentuk di bawah Akta Syarikat 2016 dan didaftarkan di bawah Akta Syarikat Amanah 1949. Kami adalah sebuah syarikat yang kekal kewujudannya dan akan memastikan proses pentadbiran harta pusaka akan dijalankan sepenuhnya sehingga pengagihan akhir dilaksanakan.
Ditubuhkan untuk memenuhi keperluan umat Islam bagi memelihara, melindungi dan mengagih harta berdasarkan prinsip Syariah dan Undang-undang. Diterajui oleh Lembaga Pengarah dan Lembaga Penasihat Syariah yang berpengalaman dan pakar dalam bidang undang-undang sivil, Syariah dan kewangan.
Komited untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan harta pusaka berlandaskan Syariah kepada umat Islam.

apa yang saya boleh bantu
penulisan wasiat
Wasiat adalah pengakuan seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaatnya untuk digunakan bagi tujuan kebajikan atau apa-apa tujuan yang dibenarkan oleh undang-undang Pewarisan Islam, selepas kematiannya.
Amanah
Amanah adalah satu tanggungjawab yang wujud apabila seseorang individu atau sebarang entiti (yang dikenali sebagai pembuat amanah) memindahkan hak pemilikan asetnya secara sah kepada mana-mana individu atau institusi (dikenali sebagai pemegang amanah) untuk memegang harta tersebut bukan untuk manfaat dirinya tetapi untuk manfaat dan kepentingan benefisiari.
pri-warisan
Pri-WARISAN adalah pakej untuk perkhidmatan pentadbiran harta pusaka. Ia merupakan satu pakej khas yang ditawarkan oleh as-Salihin Trustee Berhad untuk menjimatkan kos pentadbiran harta pusaka pelanggan kami dalam membiayai kos pentadbiran dan meringankan bebanan ahli waris mereka.
pri-niaga
Perancangan untuk memastikan kelancaran pindah milik dan kesinambungan hak perniagaan apabila berlaku situasi tertentu misalnya, merancang strategi untuk keluar daripada perniagaan apabila berlakunya kematian, tidakupaya, penyakit kritikal ataupun persaraan luar jangka.
deklarasi harta sepencarian
Pasangan suami/isteri mempunyai hak masing-masing ke atas Harta Sepencarian. Namun, hak tersebut perlu dituntut melalui mahkamah. Apabila berlaku kematian salah seorang suami/isteri maka pasangan yang masih hidup berhak untuk menuntut harta sepencarian ke atas bahagian harta simati sebelum pembahagian harta mengikut prinsip Faraid dilaksanakan.
pelantikan wasi
Wasi adalah orang yang dilantik di dalam Wasiat untuk melaksanakan hasrat dan arahan pewasiat. perlantikan seorang Wasi dalam Wasiat perlulah dibuat berdasarkan pertimbangan yang wajar dan berhati-hati.
wakaf
Dari segi bahasa Wakaf bermaksud penahanan. Menurut istilah undang-undang Wakaf adalah pemberian yang tidak boleh dibatalkan, dibuat secara nyata atau tersirat dan harta diberi untuk tujuan kebajikan untuk mendapat pahala dari Allah SWT.
pri-emas
Juga dikenali sebagai Amanah Usia Emas. Merupakan produk ekslusif yang disediakan oleh as-Salihin Trustee Berhad yang membolehkan seseorang melantik as-Salihin Trustee Berhad untuk menguruskan harta beliau apabila beliau telah mencapai usia tua (warga emas) atau apabila berlaku ketidakupayaan mental atau fizikal ke atas dirinya.
pri-hibah
Pri-Hibah ialah deklarasi hibah yang dilakukan oleh pemilik aset yang menyatakan bahawa beliau memberi aset tersebut kepada benefisiari dan beliau memegang aset tersebut untuk kepentingan benefisiari. Ia adalah dokumen bertulis yang mengandungi syarat dan terma penghibah memegang aset tersebut.
pentadbiran harta pusaka tanpa wasiat
Sebagai syarikat amanah, as-Salihin Trustee Berhad juga menyediakan perkhidmatan pentadbiran Harta Pusaka Tidak Berwasiat. Pihak syarikat mempunyai kepakaran dan pengalaman untuk menjalankan tanggungjawab yang berat untuk mentadbir harta pusaka, tanpa perlu mengemukakan penjamin.
apa kata klien ?
izinkan saya bantu
Tempah slot konsultasi anda dengan percuma. Ambil langkah pertama untuk merancang persiapan kewangan untuk keluarga yang tersayang.
